Selamat datang ke blog baharu tontonfilem



Atas permintaan, celaan, nasihat, pujuk rayu, nista dan hina, kakiku longlai dan melutut pada takdir-Nya.

Aku tinggalkan blog tontonfilem.blogspot.com dengan rela hati dan membuka tirai baharu di sini.

Setakat ini, sudah tiga kali aku berpindah rumah, daripada tontonfilem.blog-city.com (tuan tanah minta bayaran ruang, lalu aku tinggalkan), kemudian tontonfilem.blospot.com (beberapa bulan yang lepas, blog ini diharamkan oleh pihak berkuasa atas sebab-sebab yang tidak dimaklumkan secara jelas) kemudian yang ini.

Blog tontonfilem.blogspot.com yang asal masih boleh dibuka dengan akses melalui aktifikasi 1.1.1.1 VPN (Virtual Private Network) sudah ditukar capaian menjadi tontonfilem3.blogspot.com.

Semoga blog ini tidak pula akan diselar oleh pihak berkuasa dengan "melanggar peruntukan Akta Hakcipta 1987" lagi. Amin.

Selamat datang dan jemput menonton.

Comments